
Alexandria University atau Universiti Iskandariah merupakan sebuah universiti penyelidikan awam di Alexandria, Mesir. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1938 sebagai cawangan Fuad Universiti (nama yang kemudiannya ditukar kepada Universiti Kaherah). Namun kemudian menjadi satu entiti bebas pada tahun 1942. Ia telah dikenali sebagai Universiti Farouk sehingga Revolusi Mesir tahun 1952 apabila namanya ditukar kepada Universiti Alexandria. Taha Hussein adalah rektor pengasas Alexandria University.
Dengan menduduki tempat ke-18 dalam Kedudukan Universiti Terbaik Timur Tengah, ia kini merupakan universiti kedua terbesar di Mesir dan mempunyai banyak mempunyai hubungan dengan pelbagai universiti untuk penyelidikan yang berterusan.