MANSOURA UNIVERSITY

Mansoura University telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bandar Mansoura, Mesir. Ia terletak di tengah Delta Nil di Mesir. Universiti ini adalah salah satu universiti terbesar di Mesir dan telah banyak menyumbang kepada kegiatan kebudayaan dan saintifik di negara Mesir sendiri.

Fakulti Perubatan universiti ini telah ditubuhkan pada tahun 1962 pada mulanya sebagai cawangan Universiti Kaherah. Pada tahun 1972, Presiden mengumumkan penubuhan Universiti ini di bawah nama “Universiti Timur Delta”. Selepas itu, namanya telah ditukar kepada Mansoura University pada tahun 1973.