PIROGOV RUSSIAN NATIONAL RESEARCH MEDICAL UNIVERSITY

Pirogov Russian National Research Medical University

Pirogov Russian National Research Medical University (dulu dikenali sebagai RSMU) atau dikenali juga sebagai Pirogov Medical University adalah pusat penyelidikan dan inovasi perubatan dan bioperubatan terkemuka Rusia. Antara fokus aktiviti saintifik universiti adalah pada penjagaan kesihatan secara praktikal dan pada masa yang sama menerokai ilmu baru mekanisme penyakit manusia.

Pihak universiti secara aktif bekerjasama dengan institut saintifik seperti Akademi Sains Rusia, serta pusat penyelidikan dan klinikal, syarikat bioteknologi dan farmaseutikal di seluruh dunia. Bidang utama penyelidikan antaranya termasuklah onkologi, neurobiologi, alergi dan imunologi, genetik perubatan, ubat regeneratif, mikrobiologi perubatan dan penyakit berjangkit.

Universiti ini mempunyai 4 institut penyelidikan saintifik, antaranya Institut Gerontologi; 6 jabatan saintifik; 8 fakulti pendidikan (Perubatan, Pediatrik, Bioperubatan, Fakulti Psikologi-Sosial, Farmaseutikal dan Pergigian) dan Fakulti Latihan Lanjutan Perubatan dengan jumlah 140 jabatan. 50 jabatan ini terlibat secara langsung dalam latihan pelajar asing berbahasa Inggeris. Terdapat juga beberapa jabatan universiti yang besar yang menyediakan aktiviti pengajaran dan saintifik seperti Jabatan Pengajian Pasca Siswazah dan Kedoktoran, Jabatan Sistem Maklumat dan Pendidikan, Jabatan Pengajaran, Jabatan Amalan Perubatan dan Latihan, Jabatan Pengajian Pelajar Luar Negara dan lain-lain. Disamping itu, perpustakaan universiti yang mengandungi lebih daripada 700,000 buku dan rujukan amat membantu para pelajar bagi menjalankan sesi pembelajaran, kajian mahupun kerja saintifik.