MOSCOW AVIATION INSTITUTE

Moscow Aviation Institute (Institut Penerbangan Moscow) yang ditubuhkan pada tahun 1930 adalah salah satu daripada institut utama pendidikan tinggi kejuruteraan di Moscow. Sejak penubuhannya, MAI telah menempa kemajuan dalam teknologi aeroangkasa di Rusia bahkan di seluruh dunia. Semasa Perang Dunia Kedua sebahagian institut ini dipindahkan ke Almaty Kazakhstan. Universiti, kakitangan dan pelajar konsisten terlibat dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran peralatan perang sepanjang tempoh perang tersebut. Penyelidikan yang dijalankan di institut ini memberikan sumbangan yang besar dalam penerokaan usia angkasa lepas.

Universiti ini mempunyai lebih daripada 160 000 pakar, 250 pereka utama dalam Industri Aeroangkasa. 50 ahli Akademi Sains Rusia, 22 angkasawan, 100 juruterbang ujian dan 60 juara Olimpik dalam sukan yang berbeza.

MAI sentiasa menjadi impian para pelajar kerana pengalamannya yang terbukti berjaya mengeluarkan alumni yang cemerlang dan mampu berkhidmat di serata dunia.