Latar Belakang ISG.
Imtiyaz Study Gateway (ISG) adalah sebuah organisasi konsultasi pendidikan berpengalaman yang terbabit dalam membantu pelajar-pelajar dalam memberikan konsultasi menyeluruh dalam memilih institusi pengajian tinggi luar negara yang optimum serta diiktiraf Kerajaan Malaysia. ISG juga berperanan dalam memastikan segala keperluan asas pelajar di luar negara bagi pelajar-pelajar kami diurus dengan baik.
ISG yakin melalui pengalaman konsultan-konsultan kami, yang telah menjalankan program penempatan pelajar sejak tahun 2004 berdedikasi dalam memahami keperluan pelajar-pelajar di bawah kelolaan kami dari segi pembelajaran dan cara mereka menyesuaikan diri di negara luar.
ISG juga selama ini dari masa ke semasa telah membantu pelajar dalam memberikan maklumat yang tepat serta prospek kerjaya setelah mereka berjaya menamatkan pengajian kelak. Semua ini perlu diperjelaskan supaya segala peluang dan pilihan dapat direbut dan dipilih secara tepat tanpa membebankan pelajar-pelajar serta keluarga.
Membantu dan memastikan cita-cita mereka tercapai adalah salah satu dari objektif dan peranan utama ISG.
PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN
Berikut merupakan perkhidmatan yang akan diberikan:
- KONSULTANSI PERCUMA.
Memberikan perkhidmatan konsultan pendidikan secara percuma dengan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai jurusan atau universiti yang terbaik dan sesuai untuk pelajar.
- MENDAPATKAN TEMPAT BELAJAR.
Memastikan pelajar mendapat tempat dalam fakulti yang dipilih oleh pelajar di universiti yang dikehendaki dengan syarat pelajar tersebut melepasi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).
- PENGURUSAN DOKUMEN PENTING.
Menguruskan semua dokumen antara negara sebagai keperluan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan di luar negara.
- SILANG BUDAYA.
Memastikan pelajar-pelajar memahami silang budaya antara negara.
- MEMUDAHKAN URUSAN BIROKRASI.
Memudahkan urusan birokrasi untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti mendapatkan clearance letter dan non-objection certificate (Sijil Sokongan Luar Negara) dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- KONSULTANSI KERJAYA.
Menyediakan konsultansi kerjaya sebagai persediaan menjadi seorang pengamal perubatan dan berbakti kepada masyarakat.
- MEMUDAHKAN URUSAN IMIGRESEN.
Memudahkan urusan imigrasi antara negara dalam pengurusan visa pelajar, KITAS (untuk pelajar ke Indonesia) dan segala urusan imigresen antara negara.
- KHIDMAT RUNDING CARA.
Mewujudkan sebuah pusat khidmat rundingcara yang akan menjadi tempat bagi pelajar mendapatkan khidmat rundingcara, kaunseling dan bantuan yang diperlukan semasa mereka berada di luar negara.
- MEMUDAHKAN URUSAN PERJALANAN.
Mengatur urusan penerbangan pelajar ke negara terbabit dan kemudahan pengangkutan bagasi pelajar dari lapangan terbang ke lokasi penginapan pelajar tersebut.
- MEMUDAHKAN URUSAN PENDAFTARAN DENGAN UNIVERSITI.
Menguruskan proses penghantaran pelajar ke universiti dari lapangan terbang dan menguruskan urusan birokrasi untuk pendaftaran pelajar baru.
- MENYEDIAKAN PENGINAPAN.
Memastikan pelajar-pelajar mendapat kemudahan penginapan yang selesa dan berhampiran dengan tempat mereka menuntut.
Maklumat Organisasi.

Nama Syarikat : IMTIYAZ STUDY GATEWAY
No. Pendaftaran : MA0236154-W
Tagline : “One Family, One Doctor”
Alamat : SP 26-1, Jalan Sungai Petai Permai Dua Utama, Taman Sungai Petai Permai Dua,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Laman Web : imtiyaz.my
Facebook : Peluang Belajar Luar Negara
Instagram : imtiyazstudygateway
Tiktok : @imtiyaz_my
Hotline : +6017 223 2123

“Konsultan Terbaik”


“Laju,Mudah dan Murah!”


“Dipercayai”
